Monday, November 2, 2009

KEBAIKAN MELEPAK


Kegiatan melepak sering kita dengar membawa keburukan daripada kebaikan.Kenyataan ini di setujui oleh orang ramai, namun begitu jika kita lihat dari sudut yang lain terdapat kebaikan di sebalik aktiviti tersebut. Antara kebaikan melepak ialah dapat mempelajari sesuatu yang baru contohnya bermain gitar. Seseorang itu dapat mempelajari cara bermain gitar bersama dengan orang yang mahir tentang gitar melalui aktiviti melepak. Walaupun terdapat kelas tertentu yang mengajar tentang alat muzik, cara bermain alat muzik dan cara alat tersebut di cipta tetapi remaja sekarang lebih suka berada bersama-sama rakan sebaya dan belajar sesuatu secara bersama.

Selain itu, aktiviti melepak juga dapat mengeratkan pertalian persahabatan kerana kebanyakan remaja yang melepak mempunyai tempat atau "port" masing-masing untuk berjumpa. Mereka juga selalu menghantar mesej sesama mereka apabila ingin menetapkan waktu untuk berjumpa bersama kawan-kawan yang lain.

No comments:

Post a Comment