Wednesday, November 4, 2009

KEBAIKAN GAME


Sekarang bermain game adalah satu aktiviti yang popular dalam kalangan masyarakat tak kira sama ada kanak-kanak, remaja mahupun yang dewasa mempunyai minat yang mendalam dalam aktiviti ini. Terdapat berbagai jenis game yang di hasilkan oleh banyak pihak kerana ia adalah satu perniagaan yang menguntungkan lantaran negara semakin maju dalam bidang sains & teknologi. Kewujudan cyber cafe yang semakin banyak adalah faktor yang menyumbang kepada peningkatan bilangan orang yang bermain game terutama sekali golongan remaja. Negara kini semakin membangun dengan pesat terutama bidang pertanian dan menyumbang kepada peningkatan taraf hidup rakyat. Walaupun begitu, terdapat juga golongan yang tidak bernasib baik yang tidak mendapat apa-apa dari kemajuan negara kerana kekurangan ilmu.
Bagi orang dewasa ini merupakan salah satu cara untuk melepaskan stress akibat tekanan kerja.Hal ini kerana, bermain game dapat memberi kepuasan dalam diri mereka terutama apabila mereka saling bersaing untuk mendapat mata yang tertinggi.

KEBAIKAN DADAH


Dadah adalah sejenis bahan yang boleh membuat seseorang itu hilang kawalan terhadap diri sendiri sehingga sanggup melakukan perkara yang negatif seperti membunuh, merogol, menganggu ketenteraman orang lain dan banyak lagi. Namun begitu, dadah juga mempunyai kelebihan sebagai contoh dadah dapat membuatkan seseorang itu melupakan masalah yang berlaku pada diri seseorang.Terdapat berbagai jenis dadah seperti heroin, ecstacy dan banyak lagi.Apabila tekanan hidup melanda, seseorang akan mengambil dadah yang mempunyai preskripsi doktor akan digunakan.Ini digunakan apabila tekanan melampaui batas sehingga seseorang itusanggup melakukan apa sahaja untuk melepaskan tekanan yang di alami.Jika tidak mengambil dadah preskripsi tersebut,tekanan boleh mengundang malapetaka kepada seseorang pesakit.Dengan mengambil dadah, seseorang itu akan berasa bertenang.

Monday, November 2, 2009

KEBAIKAN MELEPAK


Kegiatan melepak sering kita dengar membawa keburukan daripada kebaikan.Kenyataan ini di setujui oleh orang ramai, namun begitu jika kita lihat dari sudut yang lain terdapat kebaikan di sebalik aktiviti tersebut. Antara kebaikan melepak ialah dapat mempelajari sesuatu yang baru contohnya bermain gitar. Seseorang itu dapat mempelajari cara bermain gitar bersama dengan orang yang mahir tentang gitar melalui aktiviti melepak. Walaupun terdapat kelas tertentu yang mengajar tentang alat muzik, cara bermain alat muzik dan cara alat tersebut di cipta tetapi remaja sekarang lebih suka berada bersama-sama rakan sebaya dan belajar sesuatu secara bersama.

Selain itu, aktiviti melepak juga dapat mengeratkan pertalian persahabatan kerana kebanyakan remaja yang melepak mempunyai tempat atau "port" masing-masing untuk berjumpa. Mereka juga selalu menghantar mesej sesama mereka apabila ingin menetapkan waktu untuk berjumpa bersama kawan-kawan yang lain.

Monday, October 12, 2009